Wednesday, September 1, 2010

Ambang Merdeka SRS RPTM 2010

30/08/2010 (Isnin malam selasa ) SRS Rumah pangsa juga tidak ketingalan untuk mengadakan sambutan Ambang merdeka kali yang ke 53 pada kali ini.
Program tersebut dibuat secara sederhana tetapi penuh dengan pengertian.
Berkerja secara berkumpulan bagi menjayakan program adalah faktor utama bagi menaikan semangat kepada pelapis-pelapis muda yang merupakan tunjang utama bagi mengalas kepimpinan negara.
Walaupun dilaksanakan didalam bulan Ramadan namun ianya telah mencapai matlamat yang dikendaki didalam pengertian sebenar apa yang dikatakan KEMERDEKAAN kalau di terjemahkan dan difahami dengan betul.

Terjah Sahur Kawasan Taman Mawar 2010

29/08/2010 Program Amal dan perihati ini merupakan anjuran bersama Gerakan Belia 4B Kawasan Pasir Gudang, SRS Rumah Pangsa taman Mawar, Polis Pasir Gudang dan PIBG Sek Keb Pasir Gudang 4.
Program terjah sahur ini yang bermula pada jam 1.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 pagi telah memilih 2 buah rumah dari kalangan Ibu Tunggal dan anak yatim untuk sahur bersama-sama disamping menghulurkan sedikit bantuan sempena hari raya pada tahun ini.
Pada Ahli SRS Rumah Pangsa Taman Mawar diucapkan ribuan terima kasih kerana menyediakan tempat dan sedikit jamuan pada malam tersebut yang boleh dikatakan yang paling ramai bagi mengikuti Program Terjah Sahur Ini.
Kepada Penyumbang persendirian diucapkan terima kasih semoga Allah Membalas budi baik Tuan/Puan Semua.Amin

Sunday, August 1, 2010

Sesi Penerangan SRS


Program penerangan berkenaan SRS oleh Pegawai yang bertanggungjawab didalam soal Kawasan Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela JPNINJ En Bahrim Bin Othman telah diadakan bertempat di kawasan rukun tetangga Rumah Pangsa Taman Mawar pada 31/07/2010 (Sabtu malam Ahad) merupakan Program kefahaman kepada semua Ahli SRS tentang pengurusan dan pengaturcaraan bagi melaksanakan serta mengerakan SRS didalam setiap kawasan Rukun Tetangga, Hadir sama didalam majlis tersebut En Rozaidi Bin Ikhwan Pen Peg Perpaduan Kanan Daerah Johor Bahru.

Sunday, March 28, 2010

Berganding Bahu Membuat Kerusi Pondok SRS

28/03/2010 (Ahad) Jam 09:00 Pagi
Pembuatan kerusi tempat duduk dipondok SRS bagi kemudahkan serta keperluan bagi semua angota SRS untuk menjalankan aktiviti rondaan pada waktu malam telah dibuat secara Gotong royong oleh angota kumpulan SRS yang ada kelapangan.
Dengan terbinanya tempat duduk tersebut maka kesukaran semasa rondaan dapat diatasi.

Sunday, March 21, 2010

Majlis Kenduri Dan Akikah anak Pengerusi Biro Agama KRT



20/03/2010 (sabtu Malam Ahad) Majlis kenduri dan Akikah Untuk anak pengerusi Biro Agama KRT En Abdullah Bin Abas unruk Puteranya yang ke 4.

Monday, March 8, 2010

Sambutan Majlis Maulidurasul Di Surau Al Barakah









































KRT Rumah Pangsa Taman Mawar telah terlibat di dalam majlis sambutan Maulidurasul di surau Al Barakah, ini juga termasuk didalam penyediaan Jamuan, Jualan Amal bagi Jiran Wanita, Persembahan Nasyid dan kompang dari Jiran Muda,