Sunday, October 25, 2009

Aktiviti masyarakat bersama masyarakat













Bagi menjadikan masyarakat sentiasa beraktiviti dan kerjasama didalam segala bidang, KRT Rumah Pangsa Taman Mawar telah mengambil keperihatian didalam perkara ini.
KIP Mart Masai bersama KRT telah menyambut cabaran tersebut dengan menganjurkan bersama aktiviti masyarakat tersebut.
Didalam aktiviti masyarakat ini, banyak aktiviti sukan yang merupakan aktiviti dalam padang telah diadakan diantaranya Permainan untuk kanak-kanak, Remaja dan Dewasa.
Program ini adalah merupakan progam pembentukan agar semua masyarakat setempat untuk mengambil bahagian dan peka didalam semua bidang didalam kawasan dan ianya akan dilanjutkan lagi didalam aktiviti yang lain pula.

Monday, October 12, 2009

Raya di rumah Pem.Peg.Perpaduan Kanan


Majlis Marhaban














Seperti mana tahun tahun yang lepas, majlis marhaban dari rumah kerumah telah diadakan bagi menjalin perpaduan sesama jiran dan kenalan serta menambaheratkan lagi hubungan sesama insan.
Sepertimana biasa Krt akan mengadakan majlis marhaban dan diakhiri dengan majlis jamuan Hari Raya & Deepavali.

Wednesday, October 7, 2009

Sambutan Hari Raya JPNIN(Johor)




















Bertempat di politeknik Johor Bahru Jalan Kong-kong telah berlangsung majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Negeri anjuran Jabatan Perpaduan National dan Integerasi Negara.
Majlis yang telah dirasmikan oleh Dato Seri Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin serta dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan malaysia Dato Azman ketua pengarah Jabatan Negeri Johor En Bahrin Bin Idris dan Exco Perpaduan Negeri Johor YB.Asojan.
Majlis bermula jam 8.00 Malam manakala ditamatkan jam 11:00 malam.
Persembahan kebudaayan dan Nanyian karokea memeriahkan lagi majlis pada malam itu.