Wednesday, September 1, 2010

Terjah Sahur Kawasan Taman Mawar 2010

29/08/2010 Program Amal dan perihati ini merupakan anjuran bersama Gerakan Belia 4B Kawasan Pasir Gudang, SRS Rumah Pangsa taman Mawar, Polis Pasir Gudang dan PIBG Sek Keb Pasir Gudang 4.
Program terjah sahur ini yang bermula pada jam 1.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 pagi telah memilih 2 buah rumah dari kalangan Ibu Tunggal dan anak yatim untuk sahur bersama-sama disamping menghulurkan sedikit bantuan sempena hari raya pada tahun ini.
Pada Ahli SRS Rumah Pangsa Taman Mawar diucapkan ribuan terima kasih kerana menyediakan tempat dan sedikit jamuan pada malam tersebut yang boleh dikatakan yang paling ramai bagi mengikuti Program Terjah Sahur Ini.
Kepada Penyumbang persendirian diucapkan terima kasih semoga Allah Membalas budi baik Tuan/Puan Semua.Amin