Saturday, November 28, 2009

Jiran Wanita Rewang Di Blok 6













Pada 28/11/2009 (Sabtu) bertempat di blok 6 Taman Mawar Jiran wanita telah bersama-sama rewang dimajlis perkhawinan anak lelaki kepada En Mohd Baki Bin Mohd Yusof dan Puan Sharifah Umamah Bt Tuan Zainon.
Majlis yang bermula pada Jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 06.00 petang.

Sunday, October 25, 2009

Aktiviti masyarakat bersama masyarakat













Bagi menjadikan masyarakat sentiasa beraktiviti dan kerjasama didalam segala bidang, KRT Rumah Pangsa Taman Mawar telah mengambil keperihatian didalam perkara ini.
KIP Mart Masai bersama KRT telah menyambut cabaran tersebut dengan menganjurkan bersama aktiviti masyarakat tersebut.
Didalam aktiviti masyarakat ini, banyak aktiviti sukan yang merupakan aktiviti dalam padang telah diadakan diantaranya Permainan untuk kanak-kanak, Remaja dan Dewasa.
Program ini adalah merupakan progam pembentukan agar semua masyarakat setempat untuk mengambil bahagian dan peka didalam semua bidang didalam kawasan dan ianya akan dilanjutkan lagi didalam aktiviti yang lain pula.

Monday, October 12, 2009

Raya di rumah Pem.Peg.Perpaduan Kanan


Majlis Marhaban














Seperti mana tahun tahun yang lepas, majlis marhaban dari rumah kerumah telah diadakan bagi menjalin perpaduan sesama jiran dan kenalan serta menambaheratkan lagi hubungan sesama insan.
Sepertimana biasa Krt akan mengadakan majlis marhaban dan diakhiri dengan majlis jamuan Hari Raya & Deepavali.

Wednesday, October 7, 2009

Sambutan Hari Raya JPNIN(Johor)




















Bertempat di politeknik Johor Bahru Jalan Kong-kong telah berlangsung majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Negeri anjuran Jabatan Perpaduan National dan Integerasi Negara.
Majlis yang telah dirasmikan oleh Dato Seri Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin serta dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan malaysia Dato Azman ketua pengarah Jabatan Negeri Johor En Bahrin Bin Idris dan Exco Perpaduan Negeri Johor YB.Asojan.
Majlis bermula jam 8.00 Malam manakala ditamatkan jam 11:00 malam.
Persembahan kebudaayan dan Nanyian karokea memeriahkan lagi majlis pada malam itu.

Tuesday, August 11, 2009

Bangkel E-Rukun Tetangga

Krt Rumah Pangsa Taman Mawar telah mengikuti Kursus e-RT pada 02/08/2009 (Ahad) bertempat di hotel M-Suit Johor Bahru serta menerima sumbangan komputer sebagai kemudahan bagi penghantaran lapuran secara Online ke Jabatan Perpaduan .

Friday, June 12, 2009

Majlis Ramah Mesra Bersama Dato Azman Amin Bin Hassan Ketua Pengarah (JPNIN) Malaysia













lis ramah mesra bersama Ketua pengarah Jabatan Perpaduan Malaysia Dato Azman Amin Hassan telah diadakan pada 06/06/2009 (sabtu) Bertempat dihotel selesa Pasir Gudang.
Didalam Majlis tersebut Pelancaran Perasmian Halaman Blog KRT Pasir Gudang juga dilaksanakan.
Krt Rumah Pangsa Taman Mawar telah mengantar wakil untuk acara tersebut.

Pembinaan Pondok SRS

















Skim Rondaan Sukarela merupakan aktiviti yang perlu ada didalam setiap KRT.
Aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang akan merapatkan antara jiran serta tanggung jawab bagi setiap kawasan bagi menjamin keselamatan.
Dari kesedaran ini Pondok Srs telah dibina di krt rumah pangsa bagi mengerakan aktiviti tersebut dan secara tidak langsungnya memberitahu kepada masayarakat setempat akan adanya aktiviti rondaan sukarela.

Sunday, February 22, 2009

Sambutan KRT 2 Tahun
















KRT RUMAH PANGSA TELAH MENYAMBUT MAJLIS ULANG TAHUN YANG KE 2 PADA 20/02/2009 (jUMAAT mALAM sABTU)

Mesyuarat Pemilihan AJK KRT 2009-2011













Pada 20/02/2009 (Jumaat malam Sabtu) KRT Rumah Pangsa Taman Mawar telah mengadakan majis Pemilihan Ajk Krt Rumah Pangsa Taman Mawar yang telah dihadiri oleh Pem. Peg. Perpaduan Kanan En Rozaidi Bin Ikhwan selaku pegawai Penyelaras.

Didalam Penerangan serta ucapan beliau menyatakan sebelum Ajk dipilih

1.Elakan Dari Suami/Isteri untuk menganggotai sama sebagai AJK
2.Hanya Penduduk yang duduk didalam kawasan KRT sahaja layak untuk menjadi AJK KRT